Followers

Monday 25 February 2013

Gadget buat aku jadi gila

slm all .. sihat smuanye ? smoga sentiasa berada dlm sihat sejahtera hendaknya

pasal status d atas .. aku terbaca psl pengeluaran model baru Samsung Galaxy Note 8 & S4 buat aku rasa nak jual Note 10.1 aku sekarang .. hohoho .. sbb besar sangat .. so nak cari hp kecik skit.

xde la berduit sangat..cumenye berbekalkan voucher rm 250 yg d beri kerajaan tu yang membuatkan aku nak beli..plus dapat simpan duit skit hasil jualan kalau aku beli hp harga bwh rm 1.5k

hohoho .. agak korang hp ape yang best ea dgn target price rm 1.5k dan x terlalu besar ? huhuhu .. =)

Wednesday 20 February 2013

Fuhhhh ! Legaaaaa

salam all .. ape khabar semua ? hope dlm keadaan sihat walaupon sekarang musim "orang demam" .. bg yg tak sihat, mudah2an cepat sembuh .. lamenye tinggalkan blog ni bersawang .. huhuhu

Fuhhhhh ! Lega rasanya bila semua program dah selesai .. walaupun mungkin tak sempurna dan byk kecacatan .. moga lepas ni dapat ambil pengajaran agar tak d ulangi d kemudian hari ..

Program apa yg aku buat ? program kecik je ..

1st program adalah "Malam Pengenalan Sekretariat Rukun Negara (SRN) Kuis" .. persatuan yang baru join tapi dah d taklifkan sebagai pengarah program tersebut. Alhamdulillah dengan kerjasama dan tunjuk ajar dari abang2 & kakak2 senior SRN, segala kerja menjadi lancar dan tersusun serta mendapat banyak penyertaan dari pelajar semester satu yang bakal memegang tampuk pimpinan selepas ni. Actually, aku ni da lame tak berpesatuan .. so banyak la yg lupa dari segi flow kerja =)

Program d mulakan dgn bacaan doa, beberapa lagu wajib stiap kali program SRN, ucapan Penasihat & Pengerusi SRN Kuis yang d iringi gimil serta tayangan multimedia utk memperkenalkan persatuan ini kepada umum. Tak ketinggalan persembahan utk menghiburkan hadirin pada mlm tu, yg turut d sertai oleh ahli SRN dr universiti lain (sangat menghargai kehadiran mereka). Sebagai penutup, semua yang hadir d jamu dgn sedikit mkn mlm. Harap semua berpuas hati, dan maafkan kekhilafan dan kekurangan diri.

* Gambar nanti d bawah .. huhuhu

2nd program adalah "Sihat Jasad, Sejahtera Minda" .. yang mana merupakan salah satu program dalam minggu Karnival Mahasiswa Islam 3 (KAMI 3), d anjurkan oleh Persatuan Sarjana Muda (PERSADA) Kuis. Program yang berlangsung pd hari Sabtu 16 Feb, d mana pada sebelah paginya ada aktiviti lumba kayak di tasik Kuis dan d sebelah petangnya aktiviti explorace atau d beri nama "Runningman D Kuis".

Nama Runningman D Kuis tu d guna pkai bukan lah sebab apa .. ianya utk menarik penyertaan dan game dalam explorace tersebut yg mana kebanyakkannya d ambil dari Runningman sendiri..huhuhu.

Oklah, sampai d sini saja .. nak sambung wat report & beberapa "kerja rumah" yang perlu d siapkan .. daaaa ..













Saturday 9 February 2013

Free GAZA , Save SYRIA

Alhamdulillah .. Palestin sudah tenang
genjatan senjata telah d capai
namun mereka tetap memerlukan pertolongan serta sumbangan
bagi membina semula pembangunan negara mereka

jadi pelbagai cara d adakan 
oleh persatuan Aqsa Syarif KUIS bg mengumpul dana
utk d hantar kepada saudara kita d sana

d bawah nanti anda akan d saji dgn beberapa keping gmba aktiviti yg d lakukan
bg mengumpul dana dan tanda sokongan terhadap rakyat Palestin
tanda kami disini peka, cakna dan amat terkesan dengan segala apa yang terjadi d sana

Apa2 pon .. isu d Syria masih lagi tidak reda ..
malahan terus membimbangkan ..
saban hari daku buka helaian akhbar ..
saban kali itu juga daku terbaca jumlah korban saudaraku d sana

Sedih .. ape lagi yang mampu daku ungkapkan
nak berjihad tak mampu .. kerna diri tak sesuci pejuang2 mereka
daku hanya mampu berdoa saban hari 
mendoakan agar keamanan kembali ke bumi berkat itu
dan menyumbang dalam bentuk wang yg pastinya tak mampu mengurangkan kesengsaraan mereka

Ya Allah .. selamatkanlah mereka ..
tamatkanlah perperangan d sana ..

daku pernah berada d sana ..
daku juga mempunyai kenalan d sana .. namun ..
apakah khabar mereka ?
apa yg terjadi pada mereka ?
bagaimana para Ulama' yg daku pernah berguru dgn mereka ?

daku cuba menyangkal semua sangkaan negatif ..
Allah itu ada .. Allah pasti selamatkan mereka

berdoalah semua .. 
Semoga Allah menghantar bantuan kepada mereka ..






SeLaMaT PeNgAnTiN BaRu (03 Feb 2013)

salam all
lame tak menyonteng .. terlalu sibuk dgn exam, program, meeting .. 
apa2 pon .. itu semua tanggungjawab & amanah ..
so kene buat dgn sehabis baik .. agar tidak d persalahkan kelak

berbalik pada tajuk d atas ..
daku mengucapkan "Selamat Pengantin Baru"
diiringi doa "Semoga berbahagia ke anak-cucu"

tak sangka .. bertemu jodoh dulu sahabat aku ni ..
ap2 pon rezeki telah d tentukan
dan yang lebih SENIOR mmg patut utk bina Masjid dulu .. heee =)

ap2 pon tahniah pakcik Syafiq Raffiqin Liow ..
jgn lupa doakan aku plak yew..
mudah2an d permudahkan dan d percepatkan .. h0h0h0

ini antara gamba wedding pakcik Syafiq 
serta kawan2 yang turut hadir bg memeriahkan majlis



  


Saturday 2 February 2013

Duhai "Wanita" = "SEDAR"lah & "UBAH"lah


Semakin hari semakin banyak lambakan fesyen hijab di pasaran dengan pelbagai warna dan material. Apa yang terkadang menjadikan mata yang melihat sedikit terkilan adalah penggayaan hijab yang keterlaluan seolah-olah "mahkota wanita" versi kain.

Ada yang mempertahankan penggayaan hijab-hijab ini sekurang-kurangnya membuatkan mereka yang asalnya "free hair" tertarik untuk menutup aurat. Dalam masa yang sama ada yang mempertahankan fesyen-fesyen ini sebagai ekspresi kesenian kecantikan wanita. Oh, janganlah dieksploitasi kefahaman adik-adik yang baru berjinak2 untuk menutup aurat!

Sekiranya niat untuk menutup aurat itu adalah untuk nampak lebih trendy, lebih vogue, berani dan ekspresif, jadi ke manakah perginya nilai-nilai kesederhanaan dan harga diri seorang wanita Islam? Bukankah niat untuk berhijab seharusnya Lillahi Taala (hanya untuk Allah)? Bukankah apabila seseorang wanita itu berhijab, mata-mata yang melihat terdidik jiwanya untuk lebih menghormati wanita tersebut?

Fesyen "muslimah" janganlah sekadar pada nama tapi sajian pilihannya adalah pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat), melekap, dan jarang. Adakalanya sesetengah fesyen yang terdapat di pasaran begitu indah sekali kelabuhan dan kelonggarannya tapi sayang, apabila dipakai terserlah bentuk badan (terutamanya dada) kerana materialnya yang melekap. Ada pula yang jarang sehingga terlihatlah apa yang asalnya ingin ditutupi... Berhati-hatilah, muslimah...tidak salah untuk kelihatan indah dalam melaksanakan syariat, namun berwaspadalah! InsyaAllah..

"RIGHT things, even when nobody is doing it; REMAIN RIGHT!
WRONG things even when so many people are doing it; REMAIN WRONG!"

Wallahualam... 

*copy & paste 
"daku berkongsi .. kerna daku amat mengasihi"