Followers

Saturday 2 February 2013

Duhai "Wanita" = "SEDAR"lah & "UBAH"lah


Semakin hari semakin banyak lambakan fesyen hijab di pasaran dengan pelbagai warna dan material. Apa yang terkadang menjadikan mata yang melihat sedikit terkilan adalah penggayaan hijab yang keterlaluan seolah-olah "mahkota wanita" versi kain.

Ada yang mempertahankan penggayaan hijab-hijab ini sekurang-kurangnya membuatkan mereka yang asalnya "free hair" tertarik untuk menutup aurat. Dalam masa yang sama ada yang mempertahankan fesyen-fesyen ini sebagai ekspresi kesenian kecantikan wanita. Oh, janganlah dieksploitasi kefahaman adik-adik yang baru berjinak2 untuk menutup aurat!

Sekiranya niat untuk menutup aurat itu adalah untuk nampak lebih trendy, lebih vogue, berani dan ekspresif, jadi ke manakah perginya nilai-nilai kesederhanaan dan harga diri seorang wanita Islam? Bukankah niat untuk berhijab seharusnya Lillahi Taala (hanya untuk Allah)? Bukankah apabila seseorang wanita itu berhijab, mata-mata yang melihat terdidik jiwanya untuk lebih menghormati wanita tersebut?

Fesyen "muslimah" janganlah sekadar pada nama tapi sajian pilihannya adalah pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat), melekap, dan jarang. Adakalanya sesetengah fesyen yang terdapat di pasaran begitu indah sekali kelabuhan dan kelonggarannya tapi sayang, apabila dipakai terserlah bentuk badan (terutamanya dada) kerana materialnya yang melekap. Ada pula yang jarang sehingga terlihatlah apa yang asalnya ingin ditutupi... Berhati-hatilah, muslimah...tidak salah untuk kelihatan indah dalam melaksanakan syariat, namun berwaspadalah! InsyaAllah..

"RIGHT things, even when nobody is doing it; REMAIN RIGHT!
WRONG things even when so many people are doing it; REMAIN WRONG!"

Wallahualam... 

*copy & paste 
"daku berkongsi .. kerna daku amat mengasihi"

4 comments:

  1. kalau buat post dari hati sendiri, gerenti lagi mengancam. btw, okay dah ni. menusuk kalbu. alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. Sebab sedikit sibuk..ini je yg termampu..btw thnx 4 comment

    ReplyDelete
  3. Sekarang nie hijab wig yang baru tue... adoyai...
    orang sekarang pandai eksploitasi nama "hijab" tue..
    pastu nanti sesetengah orang tue plak yang keliru tentang konsep menutup aurat tue sendiri... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Yup..begitu la dunia..bile mereka lgsg tiada iman apatah lg agama..mereka hny pkirkn utk keuntungan..maka d akhirnye..amalan di dunia tiada lah ap2 melainkan jln ke neraka

    Moga mereka d kembalikan ke jln yg benar..beramal dgn niat , berlandaskan agama..I.Allah keuntungan berganda utk membina jln ke syurga

    ReplyDelete